Friday, October 22, 2010

Jalan ini bukan untuk orang yang manja


Bismillah
In the name of Allah


Semalam hari ke-2 aku berpuasa.Alhamdulillah.Semalam diorang tak jadi datang rumah aku bukak puasa.So untuk menu berbuka,aku plan  nak panaskan lauk semalam jewr - ayam masak kicap yang tak berapa nak kicap tu.Kalau kat rumah(rumah di Endau),jangan haraplah nak makan lauk semalam.Bukan aku lah tu orangnya nak makan lauk semalam-semalam ni.


Kalau puasa,rumah kitorang meriah.Menu bersahur tak kalah dengan menu berbuka,macam rumah orang-orang lain jugak ^0^ Paling koman pun ayam sup,ayam gorang kfc untuk sahur :) Untuk berbuka pulak,tak payah cakaplah,memang heaven giler.Alhamdulillah.Biasanya time Ramadhan,pukul 4  Mak aku dah start memasak dah.Tapi,dia tak pernah pun mintak aku tolong dia.Aku tolong tengok TV dengan adik-beradik aku jewr.Hehe.Biasanya time Ramadhan,mesti ada drama bersiri kesukaan ramai kat TV pasal puasa :) Aku rindu nak tengok TV sama-sama dengan diorang macam dulu~


Bercakap pasal Mak aku,dia rajin giler bab-bab memasak ni.Tak payah tungu Ramadhanlah,memang setiap hari pun dia akan masak sedap-sedap,walau untuk aku sorang(time abah kursus atau time aku demam,hehe).Mak aku memang seorang Domestic Engineer yang berjaya,berketrampilan dan penuh berkarisma.Semuanya memang dialah.Haha.Insyaallah.Untung giler kitorang adik-beradik ada emak yang pandai masak,rajin pulak tuh.Baik,penyayang.Semua cukuplah,Insyaallah,Alhamdulillah.Maybe she's n0t perfect,but she's a next perfect mother :) 


Abah pulak,memang bermurah hati bab-bab makanan ni,Alhamdulillah =) Tapi kenangan berbuka dengan keluarga memang best.Sebak pulak bila ingat (>_<).Insyaallah,kalau Allah izin, Ramadhan 2012,aku akan berkesempatan menjalani ibadah puasa dengan Mak,Abah and adik-beradik aku.Amin.Dengan abang sayang?Muahahaha.Insyaallah.Like banyak-banyak kali ^_^

Orait.Semalam aku bagi 4 bintang kat diri sendiri.Yay!Semalam saya amat sibuk sepanjang hari.Pagi saya keluar,belikan baju All Black untuk abah sempena birthday dia.Woo,lepas tu sangatlah berhati-hati membawa baju tersebut.Kalau tercicir,nangis w0o.Haha.Kelakar gila bila ingat.Bangga jewr muka pegang plastic All Black :) Padahal bukan untuk diri sendiri pun.Wee~~


Gembira sebab dapat hadiahkan Abah something yang dia suka.Aku kesian kat ayah aku.Dia yatim piatu,dari kecik tak pernah kenal apa itu emak.Tak pernah rasa bagaimana punya emak.Ayah dia pulak meninggal 3 bulan sebelum STP(Sijil Tinggi Pelajaran k0t?).Tapi dia masih lagi mampu muncul sebagai Pelajar Terbaik STP tahun dia.Hebat ayah aku ni,walaupun garang.Tapi dulu-dulu jewr dia garang,sekarang hati dia lembut,macam roti.Nyum-nyum.I like.Insyaallah.Aku tak takut pun dengan ayah aku,cuma dia jewr yang tak takut dengan aku.Hehe.


Aku tak tulis lagi surat sempena birthday bapak aku yang ke 47tahun ni.Nantilah.Dulu masa kecik-kecik,aku adik-beradik degil sangat.So bapak aku bagi aku surat.Terharu giler.Sampai sekarang aku simpan surat tu dan aku tidak nakal lagi :)Sebenarnya,duit yang aku guna untuk beli t-shirt tu,duit dia jugak.Haha.Dia rajin kirimkan duit kat aku every month.Beratus jugaklah.Alhamdulillah.Sebenarnya,duit aku ni bila pusing-pusing,pergi kat dia jugak :) Kalau tak dapat kat dia,dapat kat aku.Biasanya,begitulah.Haha,Alhamdulillah.


Alrite.Semalam Alhamdulillah N sudi mentut0rkan aku untuk EPSY 241.So dalam masa 2 jam tu,aku tadah telinga mendengar segala bentuk teori atau senang cerita,skema jawapan untuk test next week :) Lecturer-lecturer kat uni ni memang maju kan...Bagi soalan dulu,nanti tinggal nak jawab jewr.Actually ni tahun pertama aku kat uni,so memang agak terkena kejutan budayalah tentang 'pembocoran soalan' yang berlaku.Rupanya belajar kat uni ni memang camtuh,tak kiralah local punya atau luar negara.


Aku akan sangat sibuk next week.Hoorayyyy.Cis.


Oh,semalam Alhamdulillah rezeki melimpah ruah :) OTW nak balik rumah afta gr0up discussi0n semalam,KI call aku,ajak berbuka dengan dia.Hoho.Like.Menu dia tak payah cakaplah..heaven.Alhamdulillah.Aku berpeluang makan ayam masak merah dengan nasik apetah nama,pasembur(Makanan orang Johor k0t?Hehe) & macam-macam lagi.Sides tak payah cakaplah...meriah..Alhamdulillah ^0^ Kalau nak harap makan luar,erk.. Pastu terlajak pulak berada di rumah beliau sampai pukul 10pm :) Alhamdulillah berpeluang solat sunat tarawikh bersama...N teng0k vde0clip Fighting f0r Jannah.Suka.


Hari ni aku tersangatlah mengantuk,tapi dah janji kan.So ada so-called 'gathering' at 10am.Aku pakai sweater yang senior aku bagi last few weeks.Sweater tu antara barang yang dia sayang :) Aku terima je lah orang nak bagi.Hehehe.Alhamdulillah.


Oklah sebenarnya,hati sedikit risau tetapi masih cuba untuk berlagak tenang.Insyaallah.Untuk menu berbuka hari ni,kitorang plan nak masak ayam masak rempah dengan telur sambal.Nyam-nyam.Sebenarnya bukan kitorang,kawan aku.Hoho.Sambil-sambil tu bolehlah aku belajar sekali.Yeppa.Dan sejak tinggal di sini,aku sudah mula belajar makan lauk SEMALAM.Ulang suara,saya sudah belajar dan boleh terima makan lauk semalam.Hahaha.Dulu kalau kat Malaysia,kerja aku tiap-tiap hari mesti nak makan tomyam ayam.Wat da...Kawan-kawan sibuk kumpul harta,kumpul duit,beli henf0n,kamera,baju,aku pulak sibuk makan :) Sekarang padan dengan muka aku.Biar,tak payah nak manja sangat.Ajar diri biar pandai berlebih kurang.Especially dalam hal-hal macam ni.


Oh ya,saya rindu mahu berborak dengan Najwa Nasir,tapi saya sangat sibuk.Malam ni ada discussion EPSY 244 pulak.Tengoklah dulu.Apapun,saya suka poem yang dia buat :



CINTA=LOVE....
is not juz about feeling happy when sum1 acts cute in front of u
is not juz about feeling good to have sum1 listening to ur funny story
is not juz about going out for a date
is not juz about CHOCO TOP.... :p

CINTA=LOVE...
is when u have sum1 u want to protect
is when u think u need to be d best gift for sum1
is when u listen very attentively u talk sincerely....

CINTA=LOVE
needs maturity
needs sacrifice
needs both positive and negative

while u r in CINTA=LOVE....
there will always be laughs and smile..
there might be hate and anger....
for the former u must appreciate
for the later, u have to be patient...

for CINTA=LOVE...
u need to be decisive
u need to be strong



Dia kata poem ni untuk seorang kawan dia yang tengah bahagia.Aku pulak dok perasan aku lah orangnya tuh.Haha.Boleh tak kalau aku anggap poem ni untuk aku - c0s aku pun sedang 'berbahagia' ni.Haha.Insyaallah ^_ ^


Apapun,bak kata kawan aku,Qurratul Aini - Life is UNIQUE.Uniknya kehidupan yang maha unik ini ^0^




Untuk hari ini,saya mahu kongsi satu ayat dari Surah Al-Baqarah,214 yang saya baru belajar tadi,yang berbunyi :





Ataukah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga,padahal belum datang kepadamu(cobaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu.Mereka ditimpa kemelaratan,penderitaan dan diguncang (dengan pelbagai cobaan),sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata,"kapankah datang pertolongan Allah?" INGATLAH SESUNGGUHNYA  PERTOLONGAN ALLAH ITU DEKAT =)



So Izatul,agak-agak rasa diri tak sihat sikit,lemah,susah hati,bertahanlah.Insyaallah (^_^)




Bak kata seorang teman - Sesungguhnya jalan ini bukan untuk orang yang manja.


 p/s Kata kawan aku,Najwa nasir : mmg poem tu utk kawan yg bahagia......amikla..bahagiakan diri...sabarkan hati....blik dgn kejayaan...jgn biarkan kerinduan ko jd sia2....berat dugaan, besarlah pahala...


thanks babe =) 



No comments:

Post a Comment