Friday, October 22, 2010

Ramadhan kali ini,Ramadhan tersendiri


Bismillah.
In the name of Allah.

Ok,subuh 5:42am,Magrib 5:37pm.Hari ni aku masak ayam kicap untuk berbuka.Walaupun tak berapa nak rasa ayam kicap,aku tetap gembira menikmati juadah hidangan berbuka hasil tanganku sendiri.Ramadhan kali ini,unik sekali.Ramadhan kali ini,Ramadhan tersendiri.

Alhamdulillah pagi tadi berpeluang berjemaah bersama Najwa.Kemudian kami berdiskusi hampir sejam.Seperti hari-hari Jumaat yang biasa,aku free.Tapi tadi kawan-kawan ajak buat photoshoot untuk Salam Perantauan,terpaksalah aku turun Uni.Photoshootlah sangat :) Tapi oklah,yang penting,itu KAMI.

Lepas tu,aku bincang pasal perjalanan kami ke  Aussie dengan Att,Farah dan Ada,23hb ni.Bila diingatkan budget yang diperlukan untuk pergi,peh...headache.Tapi nak buat macam mana kan,tempuh sajalah.Bak kata orang,duit kena letak kat tangan,bukan kat hati :)

Alhamdulillah tadi dah siap setelkan visa semua.Aku tak tahu kenapa aku tak berapa nak excited sangat nak pergi.Apapun,best jugak berpeluang menjalani ibadah puasa di tiga tempat berbeza - Wellington,Sydney & Melbourne.Erk..hopefully semuanya baik-baik sahaja,insyaallah.

Tadi kebetulan terserempak dengan HK waktu aku pusing-pusing carikan baju All Black untuk abah.29ni kan birthday abah.So,sebelum aku fly,aku akan pastikan aku pos hadiah abah.Kalau nak beli barang untuk orang lelaki ni,memang kena orang lelaki juga kot yang pilih.Mm..August ni juga ada birthday insan lain :)

Aku dah malas fikir pasal dia.Biarlah.Tiada sudahnya kisah kami ini.Aku kesian gila kat dia.Tapi bila difikirkan balik,asyik aku je yang kesiankan orang.Apa kata kali ni biar aku place diri aku dulu.Asyik nak jaga hati orang,sampai terlupa,aku pun punya hati ^_^

Balik je,aku terus balut hadiah untuk gang2 futsal lelaki.Esok diorang ada Brother's Night.Bilik aku ni dah macam stor makanan dah.Penuh dengan hadiah-hadiah sempena Vic Muslim Month.Bagus.Biar cepat-cepat diorang dapat hadiah.Takde la traffic jam dalam bilik aku ni lagi :)

Esok ada photoshoot dengan MSD pulak.Study group.Berbuka dengan Kak Izzah.Oh,ada tiga test minggu hadapan.Tapi masih tak bukak apa pun.Aku memang bagus.

Jumaat EPSY 244 241
Sabtu   EPSY 244 241
Ahad    ALIN 202 EPSY 241 244

Untuk First day of Ramadhan hari ni,aku bagi diri aku 3bintang setengah :)

Sebenarnya....aku sedang rindu rumah.

p/s Kata Cikgu Ikram - kena blajr2 la masak ramadn ni utk sendiri maybe next ramadan utk hubby lak hehe
Haha
Like

No comments:

Post a Comment