Saturday, July 23, 2011

Uniknya bila rasa yang menjatuh adalah yang membina.Macamana tu?Hehe

Mencintai dia dalam diam

Ketika cinta kini hadir tidak untuk Yang Maha Mengetahui,  saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta...
Izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba, mungkinkah dengan redhaNYA atau hanya mengundang murkaNYA..

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..
Tetapi jika kelemahan masih tidak mampu , maka bersabarlah.. berdoalah.. berpuasalah.. 

Cukup.....
 

Cukup cintai dia dalam diam.
Bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga kesucinnya bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai dia dari kejauhan.
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian.. kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..

Cukup cintai dia dengan kesederhanaan.
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. menumbuhkan harapan hanya akan memberi kebahagiaan para syaitan..

Maka cintailah dia dengan keikhlasan.
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati.. tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..?
~ Pilihan ALLAH itu yang TERBAIK


Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..




Kan best kalau dapat bagi ayat nih kat lelaki :
* i never have a bf before though i hv got hints from some. haha..
* it might bcause im not that ready or god wanna protect me from sins. and i came to realize that lately..
*talking bout love, i do hv a feeling to love n to be loved but not really in the mode of loving.
*i believe it would be wonderful to be friends for the moment.

amacam?sentapp tak?haha

Aku mimpi lagi.Haiksh.Asyik-asyik mimpi.Aku mimpi orang yang sama lagi =( Rindulah.Aku ada cakap kat dia,aku nak kitorang buat hal masing-masing.Tapi kadang-kadang,datanglah tanya khabar(suka-suka hati je.patutnya akulah yang datang kat dia kalau nak tanya khabar.kan kan?haha).

Tapi tiba-tiba terrrmimpilah pulak.Aku pun peliklah dengan diri aku.Tak pasti ini mainan syaitan atau apakah?Tapi aku selalu percaya mimpi yang baik-baik itu adalah hadiah dari Allah,datang dari Allah - sesuatu yang menyukakan  =)  walaupun mungkin berlaku kerana terlalu fikirkan sesuatu di siang hari.errrk~



Dalam mimpi tuh,dia FB message aku.Dia tanya khabar and share sumting like cerita terbaru dia baru tengok.Sangat simple tapi cukup untuk menyatakan apa khabarnya di sana :) 


Yang bestnya,bilamana kat bawah message tuh dia ada letak gambar kalimah Allah.Masyaallah sangat cantik.Beserta kalimah tuh,ada kata-kata yang berbunyi :

Cintailah Allah dan Rasul melebihi segala yang lain,pastu ada dia sambung lagi tapi aku tak ingat ayat penuhlah.Tapi cukuplah yang aku faham yang masa tu dia suruh aku jaga diri aku baik-baik,jangan sedih-sedih dia takde.Dia suruh aku belajar untuk cintakan Allah dan Rasul melebihi yang lain.InsyaAllah kemudian akan terbit cinta untuk insan-insan yang lain yang akan berlaku  dengan selayaknya.Pesannya,itu yang seharusnya,itu yang sewajarnya.

Aku rasa sedih =( At least say goodbye,ini tak...aku tahu ayat aku kasar sikit last time aku chat dengan dia tapi....=( Entah-entah dia tak rasa apa pun sebenarnya.Tak kisah.tak ambil tahu.Tak ambil peduli =) Wow!

Tapi aku rasa uniklah =) Masa mula-mula aku kenal dia,aku selalu harap dia dah ada gf.Bagi aku,senang.Bolehlah kami berkawan.Tak perlulah aku ada rasa lain macam sikit dengan dia...dan dia pun tak rasa janggal.Tapi itulah,hidup kalau suka berkalau-kalau nih memang payah...kan? Aku orangnya samaada hitam atau putih sahaja,tiada antara dua so memang otak aku ni susah sikit untuk memprojectkan diri bilamana ada yang 'diantaranya'.

Aiskhh..mengarut apakah ini.

Hey Allah.....Saya mahu berterima kasih kepada Kamu kerana telah menunjukkan saya jalan untuk menyelesaikan masalah ini =) Okay2,saya dah dapat dah.Saya dah faham dah apa yang Kamu cuba untuk sampaikan.Saya tak janji yang saya akan berubah secara drastik tetapi insyaAllah saya akan slow-slow menelan apa yang perlu ditelan,okay?Tapi Allah,please dont be too harsh with me,would You?hehe.okay2,saya tahu Kamu dah cuma sehabis lembut dah dengan saya cuma saya je yang degil..hehe.

Betul2,saya setuju :) Allah,saya nak mintak tolong dengan Kamu.Kamu tolong luputkan ingatan saya pada insan hebat ini ya? =') Saya tahu Kamu sedang mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk saya tetapi saya tak kuatlah Allah....Allah tolong saya ya...tolong sentiasa ada dengan saya (Yes you are).cuma..saya tak kuatlah Ya Allah.Saya selalu terlupa yang dia tuh,waima saya sendiri....adalah kepunyaan Kamu.So Kamu tolonglah memprogramkan kepala saya nih yang sesungguhnya saya dan yang lain-lain selalu merancang dengan cita-cita saya,tetapi Kamu merancang dengan CintaMu, which saya tahu adalah yang terbaik buat saya...

Allah,saya rindu dia.Tapi pasni kamu tolonglah switchkan rasa rindu saya tuh pada sesuatu yang lain pula ya?Mungkin pada Kamu and Rasulullah?Saya kira itu yang terbaik,bukan?hehe

Macam yang saya cakap tadilah....saya agak nakal sedikit orangnya.Saya harap Kamu mampu bersabar dalam bersabar dengan saya ( Kamu memang selalu buat itu pun.hehe).Tapi Allah,boleh tak saya nak mintak tolong satu perkara lagi?Boleh tak kalau Kamu ajar saya untuk bukan hanya sekadar bersyabar atas segala yang sedang saya lalui bahkan untuk mensyukurinya =) Kan seorang hambaMu dah pernah cakap dahh,kadangkala makam syukur itu lebih tinggi dari makam sabar.Kamu tolong saya ya,Allah?Terima kasih,Allah.

p/s Allah,saya tahu yang saya pun tak boleh nak naik lemak sangat.hehehe.kena pastikan Kamu tak murka tahap dewa dengan saya.hehe.okay2.chill ya Allah,chill.hehe

Allah,saya rindulah dia.saya tak faham apa yang Kamu cuba sampaikan dalam setiap istikharah yang dibuat?so boleh tak lepas nih tolong beri kekuatan untuk saya mendirikan solat sunat hajat pula..untuk mencari kekuatan yang hilang =( Tidak.tetapi untuk mebina kekuatan yang perlu =) Mari bantu saya untuk tampil lebih hebat,Ya Allah?settt

Allah,dia mungkin takde chance baca semua ni tapi tolong lukiskan rasa rindu di hati dia buat kali terakhir boleh tak,Allah?please please...for the last time.Alah bukannya rindu apa,just detikkan sikittt je di hati dia.Sikit je...will you?Hoho.*ada yang nak kena sound dengan Allah nih.hehe*

Ok Allah,saya janji yang saya tak sedih-sedih dah.Terima kasih atas bentuk pelajaran Kamu untuk kali ini,ya?Nanti ajar lagi tau?Sila pastikan Kamu membawa pendekatan yang menarik :)

Ok Allah,saya sayang Kamu.terima kasih kerana sudi mendengar bebelan saya dan yang paling penting,terima kasih kerana MENGHADIAHKAN dia dalam hidup saya,walaupun haya sekejap cuma  =') ALHAMDULILLAH,terima kasih Allah.

Ya Tuhan,kurniakan yang terbaik buatnya ,berikan yang baik-baik baginya dan hadirkan yang terbaik dalam hidupnya...AMIN.



1 comment:

  1. mimpi yg menampakkan kalimah Allah tak menandakan ianya dtg dari Dia.Mimpi tetap mimpi. kita bukan seperti rasul dan nabi yang mimpi mereka adalah ilham. kita tak punya karamah untuk mendapat keistimewaan begitu. kuatkan hati. aku pun pernah mimpi orang yang sama. lebih dari sepuluh kali. tapi, semua tu sampai sekarang ttp masih mimpi. terus kuat dan sabar. sampai masanya, hadapilah dengan senyuman :)

    ReplyDelete