Friday, October 22, 2010

Monolog dalaman tika diri sedang stress

Planning July 26, 2010

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani.Untuk hari ini,aku ada kelas dengan John Macalister at 4pm.So aku kena gerak dalam pukul 3.30pm.Ingatkan aku untuk sign up untuk CV punya bengkel kat SLSS dan sila register online dulu untuk hub service. Untuk kelas ALIN hari ni kita akan bercakap tentang Need Analysis(Sila focus kerana ianya berkaitan dengan that 600words punya assignment).Sekejap lagi selama sejam,sila baca reading online untuk subjek EPSY 241 and 244.Habiskan dulu.Takpe,tenang sahaja.Insyaallah ada masa.


EPSY esok pagi at 8am.Esok kelas sepanjang hari dari pukul 8am – 4pm.Ada gap,dan saya izinkan kamu balik.Take a nap okay =) Ada 5 course readings untuk subjek EPSY 241 dan 5 jugak untuk subjek EPSY 244.Start membaca Izatul,usah bertangguh.Malam nih kita tengok dulu kalau kamu ada masa untuk buat ALIN.Saya rasa kamu perlu – mulakan dengan draft/reading.Due Jumaat ni.
Rabu kamu ada NZ Parliamentary Workshop at 4:30 – 6:00.Kul 1-2:30 lak kamu kena turun tengok parlimen okay.Bila lagi,kan?Aktiviti minggu ni Insyaallah fruit picking di Rosenburgh.Weekend kamu penuh,jadi manfaatkanlah masa dengan sebaiknya.

Kamu hanya free hari Rabu dan Jumaat.Itu pun tak berapa nak free pun sebenarnya. Tapi saya tahu kamu boleh.Allah tak akan membebani hambaNya dengan sesuatu yang dia tak mampu tempuh.Sebagai peringatan,kamu ada 6minggu sahaja lagi untuk menyiapkan assignment yang beribu tuh =)



Kamu dah makin gemuk so sila kawal selera makan.Semalam dah dapatkan nasihat dari dietician,so fikir-fikirkanlah.Itulah dia untuk plan hari ni.Sekejap lagi kita mulakan membaca E-reading untuk subject psychology ni.Lepas tuh break kejap.Solat sunat 2 rakaat biar hati tu tenang sikit.Insyaallah.Sambung baca lagi at 11am selama sejam.Lepas tuh buat lunch. 


Lauk hari ni sardine dan telur rebus :) Dah tak boleh makan telur goreng dah.I forbid u.Oh,jangan lupa minum pagi.Perut kamu tuh sedang beransur pulih so masih kena makan secara kerap dalam kuantiti yang kecil.Sila banyakkan makan buah ye.Dan jangan lupa untuk tidur sekejap sebab petang karang kamu ada kelas.Kita tengok berapa banyak bacaan yang kamu boleh habiskan. 

Kamu tenang-tenang sahaja.Saya tahu kamu risau tapi sesungguhnya kerisauan tidak membantu apa-apa.Mari kita telan segala bentuk kerisauan yang kamu alami,kita tukarkannya kepada tenaga positif.Jadi Goku,menjelma.Kame hame ha!Lets fight!^0^

Sebenarnya,apabila hati risau,kita perlu meluahkannya.Antara caranya adalah dengan menulis.Ini yang sedang saya lakukan.Semoga dipermudahkan urusan!Amin(^-^)

1 comment: